GEDOMBAK
Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.
SERUNAI
Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit.
Yang qin
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.
Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.
Gambang
Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.
No comments:
Post a Comment