Tuesday 1 May 2012

Warisan Budaya di Malaysia - Pakaian Tradisional

Kaum Melayu 

       Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
       Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.
       Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

Pakaian Tradisional Kaum Melayu :















Kaum Cina

CHEONGSAM
    *Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
    *Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
    *Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang   sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
    * Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

SAMFOO
    * Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
    * Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
    * Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH
    * Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
    * Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
    * Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

BAJU SHANGHAI
    * Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.
    * Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

Kaum India

SARI
    * Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
    * Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
    * Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
    * Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
    * Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.


BAJU PUNJABI
    * Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.



KURTA
    * Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
    * Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.










1 comment:

  1. Tumpang My share link
    http://shamsul77.simplesite.my/410785910

    ReplyDelete